Thursday, November 12, 2009

Terbaru

Ini diri terbaru saya.
=)

Sara~

Rock The World 9

ROCK THE WORLD kembali!
Kini di Sunway Lagoon Theme Park.
Apa yang saya tahu, ada 3 pentas akan disediakan dan lebih 50 artis akan membuat persembahan. Mesti hebat dan gempak. Saya tak pernah pergi ke Rock The World. Teringin juga, tapi mungkin belum ada rezeki.
Artis yang akan membuat persembahan untuk Rock The World Band Search Tour masih di dalam proses pencarian. Jadi, sesiapa yang berminat dan ada kugiran sendiri, boleh la mencuba di www.hypptunes.com.my

Paparan mungkin tak jelas, jadi kalau nak maklumat lebih lanjut boleh terus layari www.rocktheworld.com.my
Saya pasti 'event' kali ini lebih hebat dan menyeronokkan. Yelah sekarang ni pun banyak kugiran yang tertubuh macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Sara~

Tuesday, November 10, 2009

Ini Gig Aku Yang Punya

Ini Gig Aku Yang Punya.
Bukan saya punya, bukan Man Belon yang punya jugak,eheh. Saya pasti ramai yang dijemput ke gig ini. Saya dapat jemputan ini dari Nota Muzika. Dan yang pasti sesiapa yang ada Myspace Nota Muzika pasti dijemput juga. Lokasi gig ini di Fayralta Studio, Melaka.

Sunday, October 25, 2009

Botak

Pemilik dah botak kembali.
Dia terasa hati dengan saya.
Maaf.

Thursday, October 22, 2009

AADD dan myINDIE.fm

Semalam saya dan teman saya yang agak rapat, AdaApaDgnDauz (AADD), ada berbincang mengenai myINDIE.fm yang semakin terkubur. Saya tak tahu kenapa jadi begitu, yang saya tahu myINDIE.fm sekarang tak ada yang menarik. Kecuali kalau ada 'update' terbaru. Jadi, AADD sebagai 'administrator' web tersebut ingin meng'update' sesuatu yang baru supaya myINDIE.fm kembali seperti dulu. Itu pun bukan sesuka hati beliau. Beliau masih berinteraksi dan berkomunikasi dengan salah seorang penaung web tersebut, En. Zaki.

myINDIE.fm pernah mengalami zaman kemunculan yang juga zaman kegemilangan. Saya tahu zaman kegemilangan myINDIE.fm sebab saya antara orang terawal yang mendaftar di myINDIE.fm. Masa tu, sangat seronok. Ramai ahli-ahli muzik, organizer 'event' dan gig, dan orang-orang belakang tabir dalam industri muzik bukan 'mainstream'. Memang seronok masa tu, banyak juga yang saya dapat tahu mengenai muzik-muzik 'bawah tanah'. Saya tak mahu guna perkataan 'indie' lagi. Sebab saya sedar, saya sendiri tak memahami maksud perkataan tersebut. :)

Jadi, saya sangat lah berharap myINDIE.fm ada 'update' terbaru. AADD kata dengan saya, mungkin minggu depan. Saya menunggu.

Tuesday, October 20, 2009

Dendam

Ini bukan kucing saya. Saya ulang, BUKAN KUCING SAYA. Kucing ni memang mendatangkan kemarahan saya. Okey, macam ni ceritanya.

Tarikh:
18 Oktober 2009

Masa:
6 petang hingga 7 petang

Lokasi:
Shah Alam

Intro:
Sedang berjalan-jalan dengan Pemilik.

Intro ke-2:
Duduk di kerusi-kerusi di kawasan tersebut.

Kemudian:
Seekor kucing datang dengan muka yang beliau rasa agak comel, walaupun kucing tu tahu dia sangat kurus.

Kemuncak:
Kucing tersebut memancutkan air kencingnya ke arah kaki saya.

Dendam:
Saya rasa bengang sangat. Tapi mujur air tersebut tak kena seluar saya.

Penutup:
Kucing tersebut berlalu dengan muka yang saya rasa beliau tak rasa bersalah.

Tindakan:
Saya masih ketawa-ketawa dengan adegan yang terjadi.

Tindakan ke-2:
Pemilik cari kucing tersebut dan snap gambarnya.

Tindakan ke-3:
Adegan tersebut tersebar di blog saya.

p/s: Saya masih tak faham kenapa kucing tu sanggup buat saya macam tu. Kami tak saling mengenali. (muka blur gila)

Saturday, October 10, 2009

tugasan

Antara subjek yang perlu saya ambil pada semester ni, 3rd Language. Bahasa Jepun. Serius saya tak tahu dan takda asas dalam Bahasa Jepun. Tapi kelas Bahasa Arab dah penuh. Jadi, memang Bahasa Jepun la jawabnya. (Bahasa Arab pun saya takda asas :p)

Ini tugasan subjek Bahasa Jepun. Lakonan. Kami buat recording lakonan kami di taman Muzium Shah Alam. Orang tak ramai, jadi takda la malu sangat.


nampak tak muka-muka serius tu?


masa ni memang melampau serius mereka.

belum selesai, tapi dah bergambar.

gambar favourite saya!

tiada perbezaan antara tiang warna coklat tu dengan saya ;)

Kami : Sara, Nurnaim, Hamimah, Zulhelmi, Raihan & Darman Syah

Terima kasih pada Darman Syah sebab beliau sudi jadi cameraman kami.
Terima kasih pada kawan-kawan sebab sabar dengan saya. Saya yang menyebabkan recording ni dambil sampai berpuluh-puluh kali. Sorry guys! ;p

Wednesday, October 7, 2009

pengetahuan am

Saya bangun dari tidur. Saya sakit kepala, selsema dan sakit tekak. Badan saya pun panas jugak. ;(
Sepatutnya pergi klinik, tapi saya mempunyai penyakit 'M' yang sangat melampau. ;p

Hari sabtu lepas, saya dan Pemilik jalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam. Selama saya di Shah Alam, baru pertama kali ni saya jejak kaki di Taman Tasik Shah Alam.


Hubungan saya dan Pemilik takdalah lama sangat, cuma dah berbulan-bulan. Sedikit demi sedikit kawan-kawan mengetahui hubungan kami. Pemilik kata 'kita kan underground'.

So, I'm not single!

Tuesday, October 6, 2009

marah

Selamat pagi dunia!

Saya di UiTM. Dalam kelas menunggu pensyarah masuk. Research Methodology, subjek kedua yang membosankan. Saya ulang, membosankan. ;p

p/s; Buat Pemilik, jangan marah saya lagi. Saya penat kena marah dengan awak. ;(
Saya sedih bila kena marah. ;(
-nampak tak smiley sedih saya tu?

Sunday, October 4, 2009

member myINDIE.fm raya!

Lokasi ; Rumah warna oren milik parent saya.
Waktu ; Sekitar 3 petang hingga 6 petang.

Semalam Mama Abah saya buat 'rumah terbuka' tapi kecil-kecilan saja. Kawan-kawan sekelas Angah saya datang.

Saya jemput kawan-kawan myINDIE.fm juga. Chanhonam, AdaApaDgnDauz, Uniroq dan Lia.Tak ramai, tapi cukuplah untuk kami yang tak selalu berjumpa.
Ermilda dan Amer Sahabat juga datang. Tapi mereka berdua datang lewat sedikit. Saya ada jemput Momoque, Jimjim, Yui dan Sobrie, tapi mereka tak dapat datang. ''It's okay guys'' ;)


Uniroq; guitarist Perisik Salmah

Gambar Ermilda dan Amer takde, hehe.

Selamat!

p/s ; final exam saya untuk part 3 hampir tiba, 26 oktober, doakan yang terbaik untuk saya ye kawan-kawan.